Selamat Datang
Salam sejahtera, salam bahagia. Semoga anda ceria hari ini. Terima kasih kerana sudi singgah di portal kami, samada anda sengaja atau secara kebetulan. Apa pun, kami tetap menghargai anda.
Tujuan portal ini adalah untuk berkongsi dengan anda sesuatu yang telah mengubah perspektif kami tentang kehidupan. Kami rasa ianya wajar ditularkan kepada yang lain tanpa mengira siapa kerana kita semua adalah serupa.
Kebanyakan kita memilih untuk masuk ke pintu-pintu kehidupan yang sama yang menuju ke tempat di mana kita bermula. Satu-satunya cara untuk kita mendapat keputusan atau hasil yang berbeza ialah dengan memilih memasuki pintu-pintu yang berbeza.
Hakikatnya, kalau kita terus lakukan apa yang biasa kita buat, kita akan perolehi apa yang biasa kita dapat. Justeru, sekiranya kita kurang berpuas hati dengan keputusan atau hasil yang kita perolehi hari ini, kita harus menukar cara atau pendekatan kita.